Monday, August 15, 2011
Paragon City Hotel Ipoh
Tuesday, August 9, 2011
Tom Yam Sedap kat Ipoh?
Monday, August 8, 2011
Pusat Penerangan Penyu Padang Kemunting Melaka
Cooltek Green and Sustainable Home
Attention for all environment lovers all around Malaysia. Anda rasa anda dah cukup mencintai alam? Anda silap. Di sini ada satu pasangan yang amat berdedikasi menunjukkan yang mereka sayangkan alam sekitar. Mereka adalah Harry Boswell dan Stephanie Bacon. Diorang ni sebenarnya berasal dari England. Tapi menjadikan Malaysia sebagai second home diorang. Actually, their only home. Rumah diorang terletak di Tiara Country Club, Melaka. Apa yang menarik sangat pasal rumah mat salleh ni? Dari luar mesti korang ingat takde yang special pun pasal rumah diorang ni kan? Tapi rumah nilah yang menang 2nd place kat 8th Asean Renewable Energy Project Competition. Nama rumah diorang ni adalah Cooltek. Rumah ni menggunakan konsep energy efficient. Segala sumber tenaga digunakan dengan sepenuhnya tanpa membazirkan walau sedikit pun. Antara features yang menarik adalah:
Bahan binaan yang digunakan adalah 100% boleh dikitar semula. I mean keseluruhan rumah mereka.
Lantai laminated floor digunakan bagi mengelakkan udara sejuk aircond terserap ke lantai. Kalau lantai tiles, udara sejuk akan terserap ke lantai dan membazir.
Bil elektrik rumah ni sehari puratanya RM2 walaupun menggunakan aircond 24jam. 4 unit aircond menggunakan 1 unit outdoor unit sahaja. Lebih separuh kuasa elektrik dijana oleh panel solar yang terdapat di bumbung.
Design rumah ni disengetkan mengikut arah matahari. Tingkap hanya dibina pada kiri dan kanan rumah yang mana bukan arah cahaya matahari.
Dapur masak yang digunakan ialah jenis induction. Peralatan elektrik yang lain seperti microwave, mesin basuh, peti ais semuanya inverter.
Lantai dan siling ada 50mm penebat. So haba xdapat masuk dalam rumah dan udara sejuk tak terserap. Bijak sungguh.
Cermin adalah jenis double glazing dengan jarak 25mm antara setiap keeping kaca. Kenapa? Supaya haba dari luar tak tembus masuk dalam rumah.
Udara dari tempat paling sejuk di tanah milik diorang dialirkan ke dalam rumah selepas melalaui filter. Kawasan sejuk ni terletak di belakang rumah diorang.
Of course diorang pakai kereta hybrid. Disebabkan Harry ni bawak masuk kereta Toyota Prius ke Malaysia dan berjumpa dengan PM ketika tu Tun Abdullah, kereta hybrid sekarang ialah tax-free. Terima kasih Harry!
So kalau korang nak melawat rumah yang sangat cool ni boleh contact Harry untuk buat lawatan berserta penerangan lengkap pasal rumah diorang ni. Cintailah alam sekitar sebagaimana Harry dan Stephanie mencintai alam sekitar.
Saturday, July 9, 2011
~The Legend International Water Homes~
View dari parking
Antara keistimewaan villa yang kami paling suka ialah:
1. Katil yang besar dan bantal yang lembut.
2. TV LCD berserta DVD player.
3. Microwave dan dry kitchenette.
4. Set minuman yang bermacam jenis.
5. Set toiletries lengkap dan mandian Aigner.
6. Rainforest shower yang harganya rm1000++
7. Yang paling best sekali private pool sedalam 4 kaki yang sangat seronok.
More Info:
The Legend International Water Homes
Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@legendiwh.com.my