Saturday, July 9, 2011

~The Legend International Water Homes~


Awal tahun hari tu saya dan 2 orang kawan baik dari jabatan yang sama telah plan satu percutian gempak secara tiba-tiba. Just untuk semalam untuk release tension kerja. So I came out with this idea: water chalet. Saya ada baca pasal resort ni dalam satu majalah tu. Macam best je tengok siap ada kolam kat setiap bilik. Then saya pun google la resort ni. The Legend International Water Homes kat Port Dickson, Negeri Sembilan. Tak perlu pegi jauh-jauh, just sejam lebih je. Yang menariknya harga die sangat berpatutan dengan apa yang ditawarkan. For me it’s the most affordable private pool villa.

Water Homes - villa atas air

So, saya dan kawan-kawan saya ni book bilik no 3 paling mahal sebab kitorang book last minute so itu je paling murah yang tinggal iaitu Premium Pool Villa atas laut. Kami berkumpul di Telok Kemang dan gerak sama-sama memandangkan semua bawak kereta sendiri. Sampai di hotel, check in then kami dibawa naik buggy ke villa kami sebab lokasi bilik agak jauh. Masuk je dalam villa kami, 1st impression: OMG!!! Sangat grand. Bilik yang sangat luas sama macam rumah teres setingkat. Ada 2 katil king size, tv LCD, dry kitchenette, separate bath and toilet dan yang paling best: PRIVATE SWIMMING POOL. Tak perlu pakai swimsuit proper. Korang boleh mandi kolam dengan baju ape skali pun yang korang suka. So tempat ni amat sesuai untuk family muslim yang menutup aurat untuk mandi kolam. Saiz kolam dia sangat selesa, kitorg 3 orang pun still boleh buat acara lumba pelampung.


Saiz pool berbeza ikut jenis villa, this one for Premium Pool Villa

Hotel ni terletak bersebelahan Glory Beach Resort. Sebelahnya pula ada lagi satu resort iaitu The Legend Water Chalet. Konsep dia sama dengan water homes Cuma water chalet takde private swimming pool so harga lagi murah. Ada 8 jenis villa di TLIWH, yang paling mahal ialah Sky Pool Grand Villa yang boleh memuatkan satu family siap dengan sepupu sepapat. Sangat berbaloi ok. For honeymooners, ada jugak pakej honeymoon yang sangat menarik (tiba-tiba rasa nak honeymoon kat PD je). Villa yang kami stay hari tu berharga RM690.20 bersih selepas government tax, service charge dan diskaun kakitangan kerajaan (untung la orang gomen). Kalau nak lebih murah, book on weekdays.

Private pool adalah motif utama kami pilih hotel tu. Jadi korang boleh pikir sendiri la brapa lama kitorg berendam. Lepas check in kitorg terjun, break for dinner then terjun lagi sampai jari kecut. Esok pagi lepas breakfast pun kitorg berendam lagi. Bagi yang ada anak-anak kecil, sangat sesuai la tempat ni untuk holiday. Akak yang pakai tudung tak perlu risau nak pegi swimming lagi.


Toiletries

TV LCD

Dry kichenette

2 king size beds


View dari parking

Antara keistimewaan villa yang kami paling suka ialah:

1. Katil yang besar dan bantal yang lembut.

2. TV LCD berserta DVD player.

3. Microwave dan dry kitchenette.

4. Set minuman yang bermacam jenis.

5. Set toiletries lengkap dan mandian Aigner.

6. Rainforest shower yang harganya rm1000++

7. Yang paling best sekali private pool sedalam 4 kaki yang sangat seronok.


More Info:

The Legend International Water Homes
Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.

Toll Free: 1 800 88 0017

Tel: (6) (06) 653 2000

Fax: (6) (06) 651 5330

E-mail: reservations@legendiwh.com.my

No comments:

Post a Comment