Monday, August 15, 2011

Paragon City Hotel Ipoh


Don’t mind small room? So kalau tak kisah bilik kecil, hotel ni sangat sesuai dengan korang. Dah la murah, selesa pulak tu. Hotel ni terletak kat Jalan Dato’ Haji Megat Khas dekat Jalan Canning, Ipoh. Kalau korang setakat nak berehat dan tido bila dan puas berjalan-jalan satu Ipoh, mesti takde masalah nak duk hotel ni. Hotel ni kategori 2 bintang. Untuk bilik standard tanpa tingkap harga semalam adalah RM89 tanpa breakfast. Tapi kalau korang ni kerja kerajaan dapat diskaun lagi. Tinggal RM69 nett je. Tak ke murah namanya tu? Harga ni applicable on weekend jugak. Bilik ni disediakan dengan katil queen atau 2 single, tv, water heater, air mineral, electric jug, set kopi dan the dan tuala. Hanger baju pun ada. Kalau korang nak bilik besar sikit harga RM89 lepas diskaun. Bilik ni ada satu queen bed dan free extra tilam. Bilik ni ada tingkap dan berserta breakfast. Bilik-bilik lain yang lebih besar pun ada jugak. Honeymoon suite pun ada. Kat lobi hotel ada disediakan mini market kalau korang gatal-gatal tekak nak mengunyah-ngunyah. Saya rate hotel ni 5 bintang berdasarkan value for money. Korang tak kerja kerajaan? Kalau korang selalu pergi Ipoh ada meeting ke, ada sedara ke, korang boleh buat membership. Harga untuk members sama dengan harga government. Budget travelers, korang disarankan menginap kat hotel ni.


bangunan hotel


cari signboard ni tepi jalan kalo sesat :)


Tuesday, August 9, 2011

Tom Yam Sedap kat Ipoh?


Kalau kat Ipoh, tom yam kat mane yang paling sedap? Mengikut survey, diorang cakap tom yam kat sini yang paling sedap. Nama restorannya adalah Restoran Waritha. Located dekat dengan Hillcity Hotel dan tak jauh dari tol Simpang Pulai. Actually saya tak tau ape nama jalan ni. Sorry. So saya pun oder nasi putih separuh, tom yam campur, sotong goring tepung, daging masak merah dan telur dadar. Tom yam die??? Fuyyoooh. Sangat kaw. Memang betul la survey kata tom yam die sedap. Pekat dan penuh rasa tomyam. Harga pun berpatutan. Walaupun orang ramai kat situ tapi servis dia boleh tahan cepat. Pelayan-pelayan dia semua berkebaya gitu. Slim-slim. Boleh la makan kat sini lagi. BTW,xsempat amik gambar makanan sebab dah lapar gile :P


Cari signboard ni tepi jalan kalau nak datang sini


Suasana dalam restoran



Monday, August 8, 2011

Pusat Penerangan Penyu Padang Kemunting Melaka

Ingat kat Terengganu aje ke ada penyu? Melaka pun ada tau. Pusat Pengurusan Penyu ni terletak kat Padang Kemunting, Masjid Tanah Melaka dekat dengan Pengkalan Balak. Korang boleh join aktiviti tunggu penyu bertelur malam-malam. Lepas tu boleh jugak join program melepaskan anak penyu yang baru menetas. Kalau nak join boleh hubungi Pusat Pengurusan Penyu ni. Taklimat disediakan kalau anda datang dalam group. Untuk group visit boleh tetapkan appointment dan walk in juga dialu-alukan. Bilik pameran pun ade jugak. Anak penyu yang baru menetas itu sesungguhnya sangat comel :) Datanglah melawat sini ye...

Melepaskan baby penyu


Kawasan telur penyu dieramkan


Hanya penyu karah saje yang mendarat kat Padang Kemunting ni


Cooltek Green and Sustainable Home

Attention for all environment lovers all around Malaysia. Anda rasa anda dah cukup mencintai alam? Anda silap. Di sini ada satu pasangan yang amat berdedikasi menunjukkan yang mereka sayangkan alam sekitar. Mereka adalah Harry Boswell dan Stephanie Bacon. Diorang ni sebenarnya berasal dari England. Tapi menjadikan Malaysia sebagai second home diorang. Actually, their only home. Rumah diorang terletak di Tiara Country Club, Melaka. Apa yang menarik sangat pasal rumah mat salleh ni? Dari luar mesti korang ingat takde yang special pun pasal rumah diorang ni kan? Tapi rumah nilah yang menang 2nd place kat 8th Asean Renewable Energy Project Competition. Nama rumah diorang ni adalah Cooltek. Rumah ni menggunakan konsep energy efficient. Segala sumber tenaga digunakan dengan sepenuhnya tanpa membazirkan walau sedikit pun. Antara features yang menarik adalah:

Bahan binaan yang digunakan adalah 100% boleh dikitar semula. I mean keseluruhan rumah mereka.

Lantai laminated floor digunakan bagi mengelakkan udara sejuk aircond terserap ke lantai. Kalau lantai tiles, udara sejuk akan terserap ke lantai dan membazir.

Bil elektrik rumah ni sehari puratanya RM2 walaupun menggunakan aircond 24jam. 4 unit aircond menggunakan 1 unit outdoor unit sahaja. Lebih separuh kuasa elektrik dijana oleh panel solar yang terdapat di bumbung.

Design rumah ni disengetkan mengikut arah matahari. Tingkap hanya dibina pada kiri dan kanan rumah yang mana bukan arah cahaya matahari.

Dapur masak yang digunakan ialah jenis induction. Peralatan elektrik yang lain seperti microwave, mesin basuh, peti ais semuanya inverter.

Lantai dan siling ada 50mm penebat. So haba xdapat masuk dalam rumah dan udara sejuk tak terserap. Bijak sungguh.

Cermin adalah jenis double glazing dengan jarak 25mm antara setiap keeping kaca. Kenapa? Supaya haba dari luar tak tembus masuk dalam rumah.

Udara dari tempat paling sejuk di tanah milik diorang dialirkan ke dalam rumah selepas melalaui filter. Kawasan sejuk ni terletak di belakang rumah diorang.

Of course diorang pakai kereta hybrid. Disebabkan Harry ni bawak masuk kereta Toyota Prius ke Malaysia dan berjumpa dengan PM ketika tu Tun Abdullah, kereta hybrid sekarang ialah tax-free. Terima kasih Harry!

So kalau korang nak melawat rumah yang sangat cool ni boleh contact Harry untuk buat lawatan berserta penerangan lengkap pasal rumah diorang ni. Cintailah alam sekitar sebagaimana Harry dan Stephanie mencintai alam sekitar.



Udara sejuk dialir masuk ke dalam rumah


Solar panel


Double glazing window


Luar rumah


Depan rumah


Bergambar bersama Harry dan Stephanie


Layout Cooltek


Penerangan ringkas


Harry Boswell & Stephanie Bacon
350, Jalan Woodland
Tiara Melaka Golf & Country Club
75450, Melaka

06-2325553
cooltek@streamyx.com

Saturday, July 9, 2011

~The Legend International Water Homes~


Awal tahun hari tu saya dan 2 orang kawan baik dari jabatan yang sama telah plan satu percutian gempak secara tiba-tiba. Just untuk semalam untuk release tension kerja. So I came out with this idea: water chalet. Saya ada baca pasal resort ni dalam satu majalah tu. Macam best je tengok siap ada kolam kat setiap bilik. Then saya pun google la resort ni. The Legend International Water Homes kat Port Dickson, Negeri Sembilan. Tak perlu pegi jauh-jauh, just sejam lebih je. Yang menariknya harga die sangat berpatutan dengan apa yang ditawarkan. For me it’s the most affordable private pool villa.

Water Homes - villa atas air

So, saya dan kawan-kawan saya ni book bilik no 3 paling mahal sebab kitorang book last minute so itu je paling murah yang tinggal iaitu Premium Pool Villa atas laut. Kami berkumpul di Telok Kemang dan gerak sama-sama memandangkan semua bawak kereta sendiri. Sampai di hotel, check in then kami dibawa naik buggy ke villa kami sebab lokasi bilik agak jauh. Masuk je dalam villa kami, 1st impression: OMG!!! Sangat grand. Bilik yang sangat luas sama macam rumah teres setingkat. Ada 2 katil king size, tv LCD, dry kitchenette, separate bath and toilet dan yang paling best: PRIVATE SWIMMING POOL. Tak perlu pakai swimsuit proper. Korang boleh mandi kolam dengan baju ape skali pun yang korang suka. So tempat ni amat sesuai untuk family muslim yang menutup aurat untuk mandi kolam. Saiz kolam dia sangat selesa, kitorg 3 orang pun still boleh buat acara lumba pelampung.


Saiz pool berbeza ikut jenis villa, this one for Premium Pool Villa

Hotel ni terletak bersebelahan Glory Beach Resort. Sebelahnya pula ada lagi satu resort iaitu The Legend Water Chalet. Konsep dia sama dengan water homes Cuma water chalet takde private swimming pool so harga lagi murah. Ada 8 jenis villa di TLIWH, yang paling mahal ialah Sky Pool Grand Villa yang boleh memuatkan satu family siap dengan sepupu sepapat. Sangat berbaloi ok. For honeymooners, ada jugak pakej honeymoon yang sangat menarik (tiba-tiba rasa nak honeymoon kat PD je). Villa yang kami stay hari tu berharga RM690.20 bersih selepas government tax, service charge dan diskaun kakitangan kerajaan (untung la orang gomen). Kalau nak lebih murah, book on weekdays.

Private pool adalah motif utama kami pilih hotel tu. Jadi korang boleh pikir sendiri la brapa lama kitorg berendam. Lepas check in kitorg terjun, break for dinner then terjun lagi sampai jari kecut. Esok pagi lepas breakfast pun kitorg berendam lagi. Bagi yang ada anak-anak kecil, sangat sesuai la tempat ni untuk holiday. Akak yang pakai tudung tak perlu risau nak pegi swimming lagi.


Toiletries

TV LCD

Dry kichenette

2 king size beds


View dari parking

Antara keistimewaan villa yang kami paling suka ialah:

1. Katil yang besar dan bantal yang lembut.

2. TV LCD berserta DVD player.

3. Microwave dan dry kitchenette.

4. Set minuman yang bermacam jenis.

5. Set toiletries lengkap dan mandian Aigner.

6. Rainforest shower yang harganya rm1000++

7. Yang paling best sekali private pool sedalam 4 kaki yang sangat seronok.


More Info:

The Legend International Water Homes
Batu 2, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan,
Malaysia.

Toll Free: 1 800 88 0017

Tel: (6) (06) 653 2000

Fax: (6) (06) 651 5330

E-mail: reservations@legendiwh.com.my

Monday, July 4, 2011

~Coming Up Next~


Upcoming updates. For your eyes only :)


Pusat pengurusan penyu...


Energy save house...


The Legend International Water Homes...


Akan datang x lame lg...

~Hello!~

Assalammualaikum semua!!!! Waaaa dh lame gile x blogging. This is my new blog, my 2nd blog. Kat blog ni sy akan cerita n share gmbr2 tempat2 yang sy pegi bersama Pinky sy, iaitu anak ikan pink sy Perodua Kelisa. Kebanyakan tempat yg sy pegi, sy drive Pinky. Tp akan ade jgk tempat yg sy xbwk Pinky atas sebab2 yg amat munasabah. Yela kalo jauh tu xkn nk drive sndr kn? Semput la Pinky tu, die dh la dh tua... Dah nk masuk 9 tahun dah. Kt sini sy nk share pengalaman sy berjalan2 satu Malaysia, tempat2 yg sy pegi, ape yg menarik, makan ape yg sedap, ape yg boleh beli bwk blk sbg souvenir, info2 berguna dan gambar2 yg cool. So if korg nk pegi tempat yg sy penah pegi tu, bleh la gunakan info dr blog ni sebagai panduan ok. I'll try my best utk bg input yg setepat mungkin. Tempat2 yg sy pegi x semestinya luar dari Melaka, tempat2 menarik kt Melaka pun sy akan cerita so kwn2 dr negeri lain boleh dpt info psl negeri Melaka. Bak kata Ketua Menteri Melaka, Melaka Maju Negeriku Sayang...

So, I hope all of you will enjoy reading this blog. I'll try my best to update this blog walaupun kerjaya hakiki sy memerlukan sepenuh tumpuan dan masa siang sy... Enjoy..