Monday, August 15, 2011

Paragon City Hotel Ipoh


Don’t mind small room? So kalau tak kisah bilik kecil, hotel ni sangat sesuai dengan korang. Dah la murah, selesa pulak tu. Hotel ni terletak kat Jalan Dato’ Haji Megat Khas dekat Jalan Canning, Ipoh. Kalau korang setakat nak berehat dan tido bila dan puas berjalan-jalan satu Ipoh, mesti takde masalah nak duk hotel ni. Hotel ni kategori 2 bintang. Untuk bilik standard tanpa tingkap harga semalam adalah RM89 tanpa breakfast. Tapi kalau korang ni kerja kerajaan dapat diskaun lagi. Tinggal RM69 nett je. Tak ke murah namanya tu? Harga ni applicable on weekend jugak. Bilik ni disediakan dengan katil queen atau 2 single, tv, water heater, air mineral, electric jug, set kopi dan the dan tuala. Hanger baju pun ada. Kalau korang nak bilik besar sikit harga RM89 lepas diskaun. Bilik ni ada satu queen bed dan free extra tilam. Bilik ni ada tingkap dan berserta breakfast. Bilik-bilik lain yang lebih besar pun ada jugak. Honeymoon suite pun ada. Kat lobi hotel ada disediakan mini market kalau korang gatal-gatal tekak nak mengunyah-ngunyah. Saya rate hotel ni 5 bintang berdasarkan value for money. Korang tak kerja kerajaan? Kalau korang selalu pergi Ipoh ada meeting ke, ada sedara ke, korang boleh buat membership. Harga untuk members sama dengan harga government. Budget travelers, korang disarankan menginap kat hotel ni.


bangunan hotel


cari signboard ni tepi jalan kalo sesat :)


Tuesday, August 9, 2011

Tom Yam Sedap kat Ipoh?


Kalau kat Ipoh, tom yam kat mane yang paling sedap? Mengikut survey, diorang cakap tom yam kat sini yang paling sedap. Nama restorannya adalah Restoran Waritha. Located dekat dengan Hillcity Hotel dan tak jauh dari tol Simpang Pulai. Actually saya tak tau ape nama jalan ni. Sorry. So saya pun oder nasi putih separuh, tom yam campur, sotong goring tepung, daging masak merah dan telur dadar. Tom yam die??? Fuyyoooh. Sangat kaw. Memang betul la survey kata tom yam die sedap. Pekat dan penuh rasa tomyam. Harga pun berpatutan. Walaupun orang ramai kat situ tapi servis dia boleh tahan cepat. Pelayan-pelayan dia semua berkebaya gitu. Slim-slim. Boleh la makan kat sini lagi. BTW,xsempat amik gambar makanan sebab dah lapar gile :P


Cari signboard ni tepi jalan kalau nak datang sini


Suasana dalam restoran



Monday, August 8, 2011

Pusat Penerangan Penyu Padang Kemunting Melaka

Ingat kat Terengganu aje ke ada penyu? Melaka pun ada tau. Pusat Pengurusan Penyu ni terletak kat Padang Kemunting, Masjid Tanah Melaka dekat dengan Pengkalan Balak. Korang boleh join aktiviti tunggu penyu bertelur malam-malam. Lepas tu boleh jugak join program melepaskan anak penyu yang baru menetas. Kalau nak join boleh hubungi Pusat Pengurusan Penyu ni. Taklimat disediakan kalau anda datang dalam group. Untuk group visit boleh tetapkan appointment dan walk in juga dialu-alukan. Bilik pameran pun ade jugak. Anak penyu yang baru menetas itu sesungguhnya sangat comel :) Datanglah melawat sini ye...

Melepaskan baby penyu


Kawasan telur penyu dieramkan


Hanya penyu karah saje yang mendarat kat Padang Kemunting ni


Cooltek Green and Sustainable Home

Attention for all environment lovers all around Malaysia. Anda rasa anda dah cukup mencintai alam? Anda silap. Di sini ada satu pasangan yang amat berdedikasi menunjukkan yang mereka sayangkan alam sekitar. Mereka adalah Harry Boswell dan Stephanie Bacon. Diorang ni sebenarnya berasal dari England. Tapi menjadikan Malaysia sebagai second home diorang. Actually, their only home. Rumah diorang terletak di Tiara Country Club, Melaka. Apa yang menarik sangat pasal rumah mat salleh ni? Dari luar mesti korang ingat takde yang special pun pasal rumah diorang ni kan? Tapi rumah nilah yang menang 2nd place kat 8th Asean Renewable Energy Project Competition. Nama rumah diorang ni adalah Cooltek. Rumah ni menggunakan konsep energy efficient. Segala sumber tenaga digunakan dengan sepenuhnya tanpa membazirkan walau sedikit pun. Antara features yang menarik adalah:

Bahan binaan yang digunakan adalah 100% boleh dikitar semula. I mean keseluruhan rumah mereka.

Lantai laminated floor digunakan bagi mengelakkan udara sejuk aircond terserap ke lantai. Kalau lantai tiles, udara sejuk akan terserap ke lantai dan membazir.

Bil elektrik rumah ni sehari puratanya RM2 walaupun menggunakan aircond 24jam. 4 unit aircond menggunakan 1 unit outdoor unit sahaja. Lebih separuh kuasa elektrik dijana oleh panel solar yang terdapat di bumbung.

Design rumah ni disengetkan mengikut arah matahari. Tingkap hanya dibina pada kiri dan kanan rumah yang mana bukan arah cahaya matahari.

Dapur masak yang digunakan ialah jenis induction. Peralatan elektrik yang lain seperti microwave, mesin basuh, peti ais semuanya inverter.

Lantai dan siling ada 50mm penebat. So haba xdapat masuk dalam rumah dan udara sejuk tak terserap. Bijak sungguh.

Cermin adalah jenis double glazing dengan jarak 25mm antara setiap keeping kaca. Kenapa? Supaya haba dari luar tak tembus masuk dalam rumah.

Udara dari tempat paling sejuk di tanah milik diorang dialirkan ke dalam rumah selepas melalaui filter. Kawasan sejuk ni terletak di belakang rumah diorang.

Of course diorang pakai kereta hybrid. Disebabkan Harry ni bawak masuk kereta Toyota Prius ke Malaysia dan berjumpa dengan PM ketika tu Tun Abdullah, kereta hybrid sekarang ialah tax-free. Terima kasih Harry!

So kalau korang nak melawat rumah yang sangat cool ni boleh contact Harry untuk buat lawatan berserta penerangan lengkap pasal rumah diorang ni. Cintailah alam sekitar sebagaimana Harry dan Stephanie mencintai alam sekitar.



Udara sejuk dialir masuk ke dalam rumah


Solar panel


Double glazing window


Luar rumah


Depan rumah


Bergambar bersama Harry dan Stephanie


Layout Cooltek


Penerangan ringkas


Harry Boswell & Stephanie Bacon
350, Jalan Woodland
Tiara Melaka Golf & Country Club
75450, Melaka

06-2325553
cooltek@streamyx.com