Monday, August 15, 2011

Paragon City Hotel Ipoh


Don’t mind small room? So kalau tak kisah bilik kecil, hotel ni sangat sesuai dengan korang. Dah la murah, selesa pulak tu. Hotel ni terletak kat Jalan Dato’ Haji Megat Khas dekat Jalan Canning, Ipoh. Kalau korang setakat nak berehat dan tido bila dan puas berjalan-jalan satu Ipoh, mesti takde masalah nak duk hotel ni. Hotel ni kategori 2 bintang. Untuk bilik standard tanpa tingkap harga semalam adalah RM89 tanpa breakfast. Tapi kalau korang ni kerja kerajaan dapat diskaun lagi. Tinggal RM69 nett je. Tak ke murah namanya tu? Harga ni applicable on weekend jugak. Bilik ni disediakan dengan katil queen atau 2 single, tv, water heater, air mineral, electric jug, set kopi dan the dan tuala. Hanger baju pun ada. Kalau korang nak bilik besar sikit harga RM89 lepas diskaun. Bilik ni ada satu queen bed dan free extra tilam. Bilik ni ada tingkap dan berserta breakfast. Bilik-bilik lain yang lebih besar pun ada jugak. Honeymoon suite pun ada. Kat lobi hotel ada disediakan mini market kalau korang gatal-gatal tekak nak mengunyah-ngunyah. Saya rate hotel ni 5 bintang berdasarkan value for money. Korang tak kerja kerajaan? Kalau korang selalu pergi Ipoh ada meeting ke, ada sedara ke, korang boleh buat membership. Harga untuk members sama dengan harga government. Budget travelers, korang disarankan menginap kat hotel ni.


bangunan hotel


cari signboard ni tepi jalan kalo sesat :)


No comments:

Post a Comment